Tajuk Kursus    :

SAINS VETERINAR GUNAAN

Kod Kursus      :

VPD 4902

Kredit               :

0 + 3

Semester        :

Kedua

Program          :

Doktor Perubatan Veterinar

Prasyarat        :

Pelajar Semester Akhir Program DPV

Pensyarah       :

Prof. Madya Dr Abdul Wahid Haron (Penyelaras)

   

Objektif Kursus :

Di akhir kursus ini pelajar akan;

  • menghubungkan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi semasa penyertaan dalam kuliah, sesi makmal, seminar, kerja ladang dan pengamatan amalan secara menyeluruh dalam bidang produksi ternakan dan perubatan veterinar.

Sinopsis Kursus:

Kursus ini merupakan peruntukan masa belajar secara sendirian dalam semester akhir Program Doktor Perubatan Veterinar dan di mana sesuai akan dibantu dengan ulangkaji syarahan atau tutorial.  Penekanan akan ditumpukan ke atas penggunaan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan dalam sains penternakan, sains pra-klinikal, sains para-klinikal  dan pengajian klinikal.

Kaedah Dan Frekuensi Bagi Penilaian Secara Formal:

Penilaian akan diasaskan kepada satu peperiksaan yang merangkumi Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan/atau Amali dan dikendalikan dalam tiga bahagian di akhir semester kesepuluh.

 

Bahagian yang dinilai :

  1. Sains Penternakan dan Sains Pra-Klinikal (Pemakanan Ternakan,  Pengeluaran, Pembiakbaik, Fisiologi dan Anatomi).

  2. Sains Para-Klinikal (Patologi, Mikrobiologi, Parasitologi, Imunologi dan Kesihatan Umum).

  3. Pengajian Klinikal (Pembedahan, Perubatan, Reproduksi dan Obstetrik).

Prinsip Penilaian :

Penilaian adalah berdasarkan konsep, prinsip dan pengetahuan untuk mengenalpasti menyiasat, mengurus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi haiwan ternakan dan/atau industri haiwan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

 

Ringkasan Penilaian :

  1. Peperiksaan :

              Soalan esei

    -

      30%

              Aneka pilihan

    -

      30%

              Lisan/Amali

    -

      40%

           Jumlah  

    -

     100%

     

  2. Pengendalian :

    1. Peperiksaan ini akan dikendalikan bersama oleh pemeriksa-pemeriksa dalam dan luar.

    2. Pelajar boleh dijemput mengulang ujian lisan untuk semakan markah

     

  3. Pencapaian :

    1. Lulus :

      1. Pelajar perlu lulus setiap bahagian dan juga keseluruhan peperiksaan.

      2. Markah minimum untuk lulus ialah 50%

    2. Gagal

    3. :
      Pelajar yang tidak mencapai markat lulus dalm mana-mana bahagian sungguhpun mencapai markah lulus purata keseluruhan peperiksaan dianggap gagal.

     

 

 

PENAFIAN : Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

 

Faculty of Veterinary Medicine
Laman Web Universiti Putra Malaysia Laman Web Hospital Veterinar Universiti Laman Web Perkhidmatan Makmal Veterinar Laman Web Alumni Veterinar UPM Laman Web Veternak UPM Laman Web Kelab Zoologico UPM Laman Web Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar Intranet Pegawai Fakulti Perubatan Veterinar Intranet Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar
Doktor Perubatan Veterinar Objektif Doktor Perubatan Veterinar Syarat Kemasukan - Doktor Perubatan Veterinar Tempoh Pengajian - Doktor Perubatan Veterinar Yuran Pengajian - Doktor Perubatan Veterinar Kurikulum - Doktor Perubatan Veterinar Kursus - Doktor Perubatan Veterinar Hadiah & Anugerah - Doktor Perubatan Veterinar