Berita KSRV

Home > Berita


 

Salam Sejahtera Warga Fakulti Sekalian. Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu 

 
Inline image 1Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga dengan pesta cahaya tahun ini, menguatkan lagi hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan perpaduan sesama kita semua.
 
Bagi rakan-rakan yang lain, KSRV ingin mengucapkan selamat bercuti panjang pada minggu ini. Ambil lah peluang keemasan cuti ini bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan. Semoga hubungan silaturrahim kita semua berkekalan hingga ke akhirnya.
 
       
 
Sedapnya murukku!!!
 
Terima Kasih,
Fendi
KSRV 2016/2017
  

 

MAJLIS HARI WARGA FAKULTI KE-78

 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Fakulti akan mengadakan Majlis Hari Warga Fakulti Ke-78 pada:-
 
Tarikh: 20 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa: 2.45 petang
Tempat: Ruang Foyer Utama FPV
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir.  Sekiranya YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan tidak dapat hadir, sila ambil tindakan dengan mengisi borang Kebenaran Tidak Hadir Mesyuarat dan majukan kepada Pejabat Dekan.
 
Perhatian dan kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.