Pengenalan

Home > Pengenalan




Kelab Sukan & Rekreasi Veterinar (KSRV) telah ditubuhkan pada tahun 1975, setahun selepas Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Haiwan ditubuhkan.

Penubuhan KSRV diilhamkan oleh Dr. M. K. Vidyadaran yang juga merupakan Pengerusi KSRV yang pertama.

Objektif utama penubuhan KSRV ialah sebagai platform untuk memupuk persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara semua ahli yang terdiri dari staf akademik, bukan akademik dan kontrak/sementara.

Jawatankuasa KSRV terdiri dari seorang Pengerusi, Seorang Naib Pengerusi, seorang Setiausaha Kehormat, dua orang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Penolong Bendahari, Tiga orang Setiausaha (Sukan, Kebajikan dan Kafeteria), lapan orang Wakil Bahagian/Jabatan serta dua orang Pemeriksa Kira-kira.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KSRV adalah berpandukan kepada cadangan, keperluan dan permintaan para ahli. Bersesuaian dengan namanya, KSRV banyak mengendalikan aktiviti sukan dan rekreasi bagi para ahli.

Selain itu, KSRV turut menganjurkan aktiviti sosial, keagamaan serta kebajikan baik kepada ahli mahupun kepada masyarakat.