|
Hospital Veterinar Universiti (UVH)
Hospital Veterinar
Universiti ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Fakulti Kedoktoron Haiwan dan Sains
Peternakan, Universiti Pertanian Malaysia. Namanya telah diubah beberapa kali
sehinggalah November 1996 apabila nama Hospital Veterinar Universiti (UVH)
ditetapkan. UVH memulakan operasinya dengan sebuah klinik haiwan
kesayangan dan sebuah klinik bergerak haiwan besar serta perkhidmatan makmal
dan kini telah berkembang untuk menjadi sebuah hospital yang lengkap dengan
klinik pesakit luar dan wad haiwan dengan kemudahan terkini yang dapat
menawarkan rawatan kepada pelbagai spesies haiwan.
Objektif Hospital Veterinar
Universiti adalah
-
memberikan
diagnosis kesihatan haiwan dan penyakit yang berkualiti
-
menjadi
hospital veterinar rujukan
-
melibatkan
diri dalam latihan amalan profesional veterinar dan pengajaran
-
meningkatkan
perkhidmatan melalui penyelidikan, penjagaan kesihaan haiwan dan
diagnosis penyakit
-
menyumbang
kepada sistem pengurusan hospital veterinar yang mesra dengan alam
persekitaran

UVH dilengkapi dengan pelbagai peralatan diagnostik dan makmal yang
digunakan di sesebuah hospital pengajaran. Peralatan-peralatan ini
direkabentuk untuk tujuan latihan pelajar prasiswazah dan siswazah.. Selain
dari perkhidmatan perundingan pesakit luar rutin, UVH juga menawarkan
perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar dan surgeri, pengimajen serta
diagnosis makmal. UVH mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk merawat haiwan
yang mengalami penyakit teruk atau berkomplikas atau haiwan mememrlukan
rawatan rapi. UVH juga menyediakan pekhidmatan klinik bergerak untuk
haiwan besar.

UVH menyokong dan menyediakan kes
klinikal dan bahan untuk pengajian dan penyelidikan di Fakulti Perubatan
Veterinar. Bidan penyelidikan yang disokong adalah :
- surgeri
- rawatan kritikal
-
epidemiologi
- internal
medicine
- perubatan dan
terapi klinikal
- radiologi
& ultrasonografi
-
teriogenologi & csitogenetik
|