Faculty of Veterinary Medicine

 

     

Master Perubatan Veterinar (MVM)

 

Ijazah Master Perubatan Veterinar (MVM) dibentuk khusus untuk graduan sains veterinar. Ia melengkapkan pengetahuan dan kemahiran sama ada dalam amalan klinikal veteri­nar atau amalan makmal veterinar. Program ini merupakan program intensif sepenuh masa selama 12 bulan atau program sambilan selama 24 bulan (Amalan Klinikal Veterinar sahaja) yang merangkumi kuliah, amali, topik khas, seminar dan projek. Calon perlu memenuhi keperluan residen tidak kurang daripada dua semester untuk program sepenuh masa atau 2-3 minggu/semester untuk program separuh masa dan mengumpul 36 kredit minimum

 

Objektif

 

Di akhir program ini, calon akan: 

  • memperolehi pengetahuan mendalam tentang penyakit yang memberi kesan terhadap satu atau lebih spesis haiwan kepentingan veterinar.

  • memperolehi kemahiran dalam menjalani diagnosa, rawatan dan pengawalan penyakit

  • memahami dan menghargai peranan calon dalam mengawal penyakit haiwan

 

Jangkamasa Program

 

Satu tahun kalendar, bermula dari semester pertamai dan tamat pada penghujung semester kedua tahun berikutnya untuk program sepenuh masa. Dua tahun kalendar, bermula dari semester Mei dan tamat pada penghujung April, dua tahun kemudian untuk program separuh masa.

 

Struktur program

 

Program ini terdiri daripada dua modul

 

Modul A - Amalan Klinikal Veterinar

  • untuk veterinarwan yang sedang terlibat dalam bidang amalan klinikal veterinar yang ingin melanjutkan kemahiran klinikal.

  • pengkhususan dalam salah satu atau lebih spesis berikut: ruminan, babi, ayam-itik, kuda, anjing, kucing, hidupan liar dan haiwan akuatik..

 

Modul B - Amalan Makmal Veterinar

  • untuk pegawai veterinar yang kerjayanya adalah dalam makmal diagnosa veterinar.

  • melibatkan salah satu atau lebih bidang berikut: Diagnosis Patologi Veterinar, Diagnosis Mikrobiologi Veterinar dan Diagnosis Parasitologi Veterinar.

 

Jawatankuasa Penasihat

 

Satu jawatankuasa penasihatan yang dilantik oleh Fakulti bertanggungjawab ke atas penyelarasan program ini.

 

 

 

 

 

PENAFIAN : Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

 

Laman Web Universiti Putra Malaysia Laman Web Hospital Veterinar Universiti Laman Web Perkhidmatan Makmal Veterinar Laman Web Alumni Veterinar UPM Laman Web Veternak UPM Laman Web Kelab Zoologico UPM Laman Web Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar Intranet Pegawai Fakulti Perubatan Veterinar Intranet Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar
Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Syarat Kemasukan Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Yuran Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Ijazah Kerjakursus Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Ijazah Penyelidikan Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Kursus Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar