Faculty of Veterinary Medicine

 

     

Syarat Kemasukan

Keperluan minimum untuk pengajian Master di Fakulti adalah gred purata timbunan (CGPA) sebanyak 2.5 atau ijazah kelas dua atas atau rekod akademik memuaskan 'C+'.  Keperluan tambahan Fakulti adalah seperti berikut:

 

Master Perubatan Veterinar (MVM)

 

Untuk ijazah MVM, ijazah DPV dari UPM atau yang setara diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai Ijazah Bacelor dalam Perubatan Veterinar yang tidak setara boleh diterima dengan syarat calon mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun dalam amalan klinikal veterinar atau amalan makmal veterinar.

 

Master Sains (MS)

 

Kelayakan masuk untuk ijazah MS adalah DPV atau Bacelor Sains (BSc) dari UPM atau universiti lain yang diiktiraf atau kelulusan setara yang diiktiraf oleh Senat Universiti.

 

Master Sains Veterinar (MVSc)

 

Kelayakan masuk untuk ijazah MVSc adalah DPV dari UPM atau yang setara dari universiti lain yang diiktiraf. Mereka yang mempunyai ijazah Bachelor dalam sains veterinar juga layak memohon.

 

Doktor Falsafah (PhD)

 

Calon PhD patut mempunyai ijazah MS dari UPM atau universiti lain yang diiktiraf.  Calon yang tidak mempunyai ijazah Master perlu mendaftar untuk ijazah MS dahulu dan selepas satu semester, dengan persetujuan Lembaga Pengajian Siswazah boleh dibenarkan menjadi calon PhD.   Semua calon PhD perlu lulus peperiksaan bertulis dan lisan selepas berdaftar lima (5) semester .

·            .

Keperluan bahasa

  • Fakulti tidak menetapkan keperluan bahasa tertentu tetapi penuntut perlu berpengetahuan membuat literatur Bahasa Inggeris untuk kajian dan sorotan dan penulisan tesis.

  • Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa boleh dijadikan bahasa pengantar.

  • kursus-kursus khas bahasa disediakan untuk kemahiran pelajar siswazah.

 

Status Pelajar

   

Status sepenuh masa  

  • penuntut menumpu sepenuh masa kepada pengajian siswazah dan sepenuh masa pembelajaran mereka ditumpukan kepada kerja yang berkaitan dengan program akademik mereka.

  • penuntut mesti berdaftar 9 kredit minimum pada setiap semester dalam kursus atau kerja tesis

  • penuntut antarabangsa, pemegang biasiswa dan pembantu siswazah memegang status ini..

 

Status separuh masa 

  • penuntut bertanggungjawab penuh kepada pengajian siswazah dan menumpukan sebahagian daripada masa pembelajaran mereka kepada kerja yang berkaitan dengan program akademik mereka..

  • berdaftar tidak kurang daripada 6 kredit pada setiap semester dalam kursus atau kerja tesis

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.sgs.upm.edu.my

 

 

 

 

PENAFIAN : Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

 

Laman Web Universiti Putra Malaysia Laman Web Hospital Veterinar Universiti Laman Web Perkhidmatan Makmal Veterinar Laman Web Alumni Veterinar UPM Laman Web Veternak UPM Laman Web Kelab Zoologico UPM Laman Web Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar Intranet Pegawai Fakulti Perubatan Veterinar Intranet Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar
Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Syarat Kemasukan Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Yuran Pengajian Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Ijazah Kerjakursus Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Ijazah Penyelidikan Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar Kursus Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar