Research Centre For Wildlife | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE

Research Centre for Wildlife

PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN HIDUPAN LIAR
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Telefon : + 6016 236 5906 / e-mail : aidazakaria@upm.edu.my 

 

MENGENAI KAMI 






Pengenalan

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pemuliharaan Hidupan Liar Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2008. Satu taklimat perancangan projek pusat telah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 21 Januari 2009 dan projek yang dicadangkan telah diterima dengan baik. Satu projek yang dicadangkan adalah berkenaan penubuhan satu pusat pembiakkan spesis burung dan mamalia kecil yang terancam. Tujuan Pusat Pembiakan tersebut adalah untuk pemuliharaan dan pembiakbakaan spesis tersebut.

Justifikasi

Tujuan keseluruhan penubuhan pusat ini adalah untuk melatih lebih ramai individu dalam menjalani kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang hidupan liar. Pusat ini berhasrat untuk  menjalankan penyelidikan bagi pemuliharaan spesis burung dan mamalia kecil yang terancam. Pusat ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang lengkap bagi menjalankan projek penyelidikan. Secara tidak langsung akan menjadi tempat dalam menganjurkan aktiviti seperti syarahan, kursus jangka masa pendek, seminar dan bengkel berkaitan hidupan liar.

Objektif

Objektif utama penubuhan Pusat Pembiakkan Hidupan Liar di UPM ialah:

  1. Menubuhkan satu pusat pemuliharaan dan pembiakbakaan spesis burung dan mamalia kecil yang terancam.
  2. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berkenaan hidupan liar untuk pelajar ijazah, siswazah, komuniti dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat.
  3. Menjalinkan hubungan kerjasama di antara jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan hidupan liar melalui projek penyelidikan bersama dan pengajaran.

Aktiviti:

Pusat penyelidikan hidupan liar telah berjaya membiakkan spesis burung merak biru dan bilangannya juga sudah bertambah banyak. Dengan jumlah yang besar ini, pusat ingin menjual burung merak untuk mengekalkan bilangan yang kecil. Burung merak biru berusia setahun dan 2 tahun mempunyai stok untuk dijual. Burung-burung ini telah telah diberi vaksin, ubat cacing dan dalam keadaan sihat.

Berikut adalah maklumat jualan:
Usia merak : Di bawah 6 bulan, lebih daripada 6 bulan, lebih daripada 1 tahun dan lebih daripada 2 tahun.

Jantina        : Jantan dan betina (boleh pilih)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Puan Aida Zakaria
Pusat Penyelidikan Hidupan Liar
No.telefon : +6016 236 5906
E-mel : aidazakaria@upm.edu.my


 Image result for peacock     Image result for ayam kampung     

 

 

Updated:: 19/04/2017 [mjamil]

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8609 3890
+603 8947 1971
C1511224396