|
Kata-kata Aluan
Fakulti
Perubatan Veterinar merupakan salah satu daripada fakulti asas Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti
Putra Malaysia. Ianya terletak dalam kawasan Koridoraya
Multimedia dan berhampiran dengan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia
di Putra Jaya. Fakulti Perubatan Veterinar bertekad untuk
menjadi pusat pengajian sains veterinar yang terkemuka di rantau Asia
Pasifik. Fakulti telah membuktikan keunggulannya dengan
menjadi pusat pengajian veterinar yang pertama di dunia untuk mendapat
pensijilan ISO 9001 pada Julai 2000. Semua aktivitinya kini
tertakluk kepada prosedur ISO 9001 yang merangkumi pengajian
prasiswazah dan siswazah, penyelidikan, pendidikan lanjutan,
pentadbiran dan perkhidmatan profesional termasuk hospital veterinar.
Semua prosedur ini telah digubah dengan teliti untuk memastikan
peningkatan yang progresif dalam pengajaran, penyelidikan dan
pentadbiran Fakulti dan ianya disemak setiap tahun
Layarilah
laman ini yang meliputi pelbagai topik yang merangkumi semua aspek
Fakulti Perubatan Veterinar.
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut hubungi
kami di alamat yang tertera..
Saya mengalu-alukan anda untuk berkongsi dengan kami tekad kami
bagi memperkembangkan profesion veterinar secara progresif dan suasana
yang sihat.
Prof. Madya Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed
Dekan
Fakulti Perubatan Veterinar
Univerisiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
|