Fakulti Perubatan Veterinar dengan Kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan WEBINAR KEBAJIKAN HAIWAN SIRI 7: Peka Pemakanan Haiwan Terjamin Kebajikan yang akan disampaikan oleh Prof Madya Dr Hasliza Abu Hassim, Timbalan Pengarah, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia.
Webinar ini akan berlangsung seperti butiran berikut:
Tarikh : 15 April 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00-11.30 pagi
Medium : WEBEX
Sila klik Pautan : https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=ma45faa01274d86b7a7fef4605c64b02b
Oleh itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput menyertai webinar ini untuk memperoleh ilmu pengetahuan berkaitan pemakanan haiwan. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua dan PERCUMA. Mata CPD latihan akan disediakan (untuk staf UPM sahaja).
SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN HAIWAN UPM
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh membuat sumbangan untuk aktiviti pengkasian haiwan yang dilaksanakan oleh pelajar (Program Prokasih) atau program misi klinik veterinar bergerak UPM melalui pautan di bawah:
Klik di sini: https://vet.upm.edu.my/tabung_kebajikan_haiwan-4056?L=bm
Klik Buat Bayaran
Pilih: Tabung Kebajikan Haiwan UVH FPV
SUMBANGAN WAKAF KHAS FASILITI HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan juga boleh membuat sumbangan melalui MySadaqah di pautan di bawah:
Klik di sini: https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995
Pilih: Wakaf Khas Fasiliti Hospital Veterinar Universiti
Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Semoga dengan sumbangan ini memastikan peningkatan tahap kebajikan haiwan tercapai.
Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh ajukan kepada emel vet.animal_welfare@upm.edu.my
Sekian, terima Kasih.
Date of Input: 13/04/2022 | Updated: 13/04/2022 | mjamil