Perkembangan bidang veterinar di Malaysia berlaku sangat pesat disebabkan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat berkaitan penjagaan haiwan kesayangan, ternakan serta haiwan eksotik.
Kesedaran yang tinggi ini mendorong masyarakat mendapatkan nasihat dan bimbingan secara terus daripada doktor veterinar berdaftar.
Selain itu, peningkatan populasi rakyat di Malaysia menyebabkan pertambahan keperluan sumber protein makanan seperti telur, daging ayam dan lembu sekali gus mendorong kepada perkembangan industri ternakan ruminan dan unggas, seterusnya memerlukan seorang doktor veterinar untuk memantau kesihatan haiwan.
Sehubungan itu, terdapat pemintaan yang tinggi dalam kerjaya sebagai doktor veterinar di negara ini dan mendorong universiti menawarkan program pengajian doktor perubatan veterinar bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang berkenaan.
Petikan penuh klik pautan di sini : https://gpsbestari.sinarharian.com.my/ipt/upm-dan-umk-tawar-program-doktor-perubatan-veterinar/
Date of Input: 22/12/2021 | Updated: 22/12/2021 | mjamil