15 Disember 2022 – YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) mengadakan lawatan kerja di Hospital Veterinar Universiti (UVH) Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UPM. Antara Ahli JPU yang turut serta ialah YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar, YBrs. Puan. Hjh. Izariahwati Mohd Isa, Bursar, YBrs. En. Muhammad Adil Ahmad Tajudin, Penasihat Undang-undang berserta Pn. Haslina Abu Seman@Talib, Timbalan Ketua Pustakawan yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan. Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM dan Ahli JPU disambut mesra oleh YBhg Dekan dan Ahli Pengurusan Fakulti.
Date of Input: 05/01/2023 | Updated: 05/01/2023 | m_nazmi