FFM Best Student Project Seminar 2020
Berikutan isu penularan wabak COVID-19, pihak Fakulti dibawah kelolaan Pejabat Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar (Pejabat TDA) telah menganjurkan program FFM Best Student Project Seminar 2020 untuk Semester Kedua Sesi 2019/2020 dengan tontonan secara maya bagi penyertaan lima (5) finalis Pelajar Tahun Akhir program Doktor Perubatan Veterinar.
Program tersebut telah berlangsung pada 1 September 2020 dari pukul 2.30 hingga 5.00 petang di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar.
Peserta Finalis :
Perjalanan program ini telah menyaksikan Lima (5) orang finalis Projek Tahun Akhir membentangkan hasil dapatan Projek Ilmiah Tahun Akhir masing-masing secara bersemuka di Auditorium dan dinilai oleh Wakil Syarikat FFM dan pengadil yang terdiri daripada Penilai Peperiksaan Komperehesif 2020.
Pemenang bagi program ini ialah, Luqman Khalid Javed dengan tajuk projek tahun akhirnya, Verifying the Reliability of an Infrared Thermometer Usage in a Small Animal Hospital Ward Setting” dibawah seliaan Prof. Dr. Noordin Mohamed Mustapha.
Hadiah telah disampaikan oleh wakil FFM iaitu, Dr Chua Pei Lin.
Tahniah diucapkan!
Date of Input: 25/09/2020 | Updated: 25/09/2020 | mjamil