|
Pelanggan
yang Dihargai,
Dimaklumkan bahawa Hospital Veterinar Universiti sedang menghadapi
masalah kekurangan Pegawai Veterinar (Doktor) pada ketika ini.
Memandangkan bilangan pegawai yang bertugas adalah terhad, para
pelanggan mungkin terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan haiwan
peliharaan masing-masing. Bagi memastikan proses rawatan dapat berjalan
dengan lancar, pelanggan disarankan membuat temujanji rawatan
sebelum datang ke klinik. Sila hubungi 03-86563528 atau
03-89468317 bagi membuat temujanji rawatan.
2. Operasi Klinik Haiwan Kesayangan juga terpaksa dihentikan sementara
pada jam 12.00 tengahari – 2.00 petang pada setiap Isnin- Khamis. Oleh
yang demikian, perundingan dan rawatan bagi kes yang didaftar selepas
jam 11.30 pagi mungkin hanya dapat dijalankan selepas jam 2.00 petang.
3.
Walaupun dengan bilangan pegawai yang terhad, pihak kami tetap komited
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.
Sekian, segala pertimbangan dan kesabaran tuan/puan didahului ucapan
terima kasih.
“BERILMU BERBAKTI”
|