Kemudahan di Fakulti Perubatan Veterinar Perkhidmatan Makmal di Fakulti Perubatan Veterinar Perpustakaan di Fakulti Perubatan Veterinar Unit Teknologi Maklumat di Fakulti Perubatan Veterinar Kemudahan Lain di Fakulti Perubatan Veterinar

Perpustakaan Perubatan Veterinar

 

 

Pengenalan

 

Perpustakaan Perubatan Veterinar (PPV) ditubuhkan pada 29 November 1999 bagi menyokong kegiatan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan Fakulti. Terletak di tingkat bawah dan tingkat satu Blok Utama di Fakulti Perubatan Veterinar, perpustakaan yang mempunyai keluasan lantai seluas 3038 kaki persegi ini boleh memuatkan lebih kurang 62 tempat duduk. Sehingga kini PPV mempunyai koleksi sejumlah kurang lebih 8200 naskhah bahan yang terdiri daripada buku, jurnal berjilid, jurnal terkini, bahan media, tesis dan kertas projek pelajar. Pelbagai kemudahan lain juga turut disediakan antaranya katalog berkomputer, akses kepada jurnal dalam talian, perkhidmatan CD-ROM dan sebagainya. Perpustakaan akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya mengikut keperluan dan perkembangan keperluan maklumat semasa Fakulti.

 
 

Objektif

  • Membangun dan menguruskan koleksi Perpustakaan bagi memenuhi keperluan maklumat Fakulti dalam kegiatan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan

  • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang tepat dan relevan dalam bidang Perubatan Veterinar dan lain-lain bidang yang berkaitan bagi menyokong keperluan maklumat Fakulti.

  • Melaksanakan Program Pendidikan Pengguna kearah pembelajaran sepanjang hayat.

  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan persekitaran ruang bacaan yang kondusif yang dapat meningkatkan aktiviti pembelajaran, penyelidikan dan perundingan Fakulti.

  

Fungsi Utama

  • Mengurus permohonan pemilihan, pemerolehan dan mengkatalog bahan-bahan Perpustakaan bercetak dan media.

  • Mengurus tugas-tugas pengukuhan koleksi PPV dalam bidang Perubatan Veterinar dan lain-lain bidang yang berkaitan..

  • Mengenalpasti keperluan maklumat fakulti dan mengurus perkhidmatan rujukan

  • Merancang dan melaksana program latihan kemahiran perpustakaan dan pencarian maklumat

  • Mengurus Perkhidmatan Sirkulasi

 

 Perkhidmatan/Kemudahan

  • Perkhidmatan peminjaman/pemulangan

  • Perkhidmatan rujukan

  • Perkhidmatan penelitian maklumat

  • Perkhidmatan CD-ROM

  • Kelas program kemahiran perpustakan dan pencarian maklumat

  • Kemudahan komputer bagi mengakses Katalog Perpustakaan/Jurnal dalam talian/Internet

  • Kemudahan prebiu video

  • Kemudahan salinanfoto

  

Waktu Perkhidmatan

 

Semasa Semester: 

Pagi

Petang

Isnin - Khamis

8.00 pagi  -  6.00 ptg

Jumaat

8.00 am  - 12.15 pm 

2.45 pm  -   6.00 pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Tutup

 

 

Cuti Semester: 

Pagi

Petang

Isnin - Khamis

8.00 pagi  -  5.00 ptg

Jumaat

8.00 am  - 12.15 pm 

2.45 pm  -   5.00 pm

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

 

Staf

 

Pustakawan S48
(Ketua Bahagian)

:

Puan Azizah Zainal Abidin

Tel : 03-89468316

E-mel : azizahza@lib.upm.edu.my

 

Pustakawan S41   En Azizan Arshad
Tel : 03-89468329
E-mel : azizan@lib.upm.edu.my

Pembantu Perpustakaan (S17)

:

En. Abdul Halim Idris

En. Abu Hassan Jaafar

En. Mohamad Noor Ismail

Tel: 03-89468329

 

 

Hubungi kami::

 

Perpustakaan boleh dihubungi semasa waktu perkhidmatan di talian :
 

603-8946 8316

603-8946 8329

 

 

 

PENAFIAN : Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

 

Faculty of Veterinary Medicine
Laman Web Universiti Putra Malaysia Laman Web Hospital Veterinar Universiti Laman Web Perkhidmatan Makmal Veterinar Laman Web Alumni Veterinar UPM Laman Web Veternak UPM Laman Web Kelab Zoologico UPM Laman Web Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar Intranet Pegawai Fakulti Perubatan Veterinar Intranet Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar