Pusat Hidupan Liar

Pengenalan

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pemuliharaan Hidupan Liar Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2008. Satu taklimat perancangan projek pusat telah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 21 Januari 2009 dan projek yang dicadangkan telah diterima dengan baik. Satu projek yang dicadangkan adalah berkenaan penubuhan satu pusat pembiakkan spesis burung dan mamalia kecil yang terancam. Tujuan Pusat Pembiakan tersebut adalah untuk pemuliharaan dan pembiakbakaan spesis tersebut.