Pengenalan

Pengenalan
Ditubuhkan pada 29 November 1999, Perpustakaan Perubatan Veterinar memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan staf akademik, pelajar ijazah tinggi dan penyelidik dari Fakulti Perubatan Veterinar. Perpustakaan ini telah berpindah ke Kompleks Fakulti yang baru pada Oktober 2010.

Perpustakaan Perubatan Veterinar terletak di Bangunan Akademik, Fakulti Perubatan Veterinar.

Koleksi Perpustakaan Perubatan Veterinar terdiri daripada buku teks, monograf, jurnal, tesis, kertas soalan di dalam bidang perubatan veterinar.

Perpustakaan ini juga menyediakan buku dan jurnal dalam bentuk elektronik yang boleh diakses melalui Pangkalan Data Elektronik. Maklumat mengenai Koleksi Perubatan Veterinar boleh diakses melalui kemudahan katalog perpustakaan atas talian.