|
Pelanggan yang Dihargai,
Dimaklumkan bahawa Hospital Veterinar Universiti sedang menghadapi
masalah kekurangan Pegawai Veterinar (Doktor) pada ketika ini.
Memandangkan bilangan pegawai yang bertugas adalah terhad, para
pelanggan mungkin terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan
haiwan peliharaan masing-masing. Bagi memastikan proses rawatan
dapat berjalan dengan lancar, pelanggan disarankan membuat
temujanji rawatan sebelum datang ke klinik. Sila hubungi
03-86563528 atau 03-89468317 bagi membuat temujanji
rawatan.
2. Operasi Klinik Haiwan Kesayangan juga terpaksa dihentikan
sementara pada jam 12.00 tengahari – 2.00 petang pada setiap Isnin-
Khamis. Oleh yang demikian, perundingan dan rawatan bagi kes yang
didaftar selepas jam 11.30 pagi mungkin hanya dapat dijalankan
selepas jam 2.00 petang.
3.
Walaupun dengan bilangan pegawai yang terhad, pihak kami tetap
komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua
pelanggan. Sekian, segala pertimbangan dan kesabaran tuan/puan
didahului ucapan terima kasih.
“BERILMU BERBAKTI
|