Kursus Asas Penulisan Berita Dan Pengurusan Laman Web | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Kursus Asas Penulisan Berita dan Pengurusan Laman Web

Kursus Asas Penulisan Berita dan Pengurusan Laman Web



Serdang, 21 Mac - Fakulti Perubatan Veterinar telah menganjurkan Kursus Asas Penulisan Berita dan Pengurusan Laman Web yang dilaksanakan khas untuk Ahli Jawatankuasa Laman Web Fakulti dan pegawai bukan akademik. Kursus ini bertujuan untuk membimbing warga fakulti menguasai ilmu tatabahasa sebagai asas pembinaan kemahiran berbahasa dalam komunikasi tulisan yang gramatis dan seterusnya menguasai pengendalian dalam menguruskan laman web fakulti yang menjadi salah satu platform untuk menyampaikan maklumat serta membantu visibiliti fakulti dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan.
 
Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Azmi Mohd Lila diiringi Ketua Pentadbiran FPV, En Amiruddin Abd Azizi berkesempatan menyantuni peserta kursus ini dan menyatakan harapan agar Laman Sesawang dan Media Sosial Rasmi Fakulti sering dikemaskini dan digunakan secara maksimum kerana ianya amat penting dalam memastikan maklumat, peranan dan perkhidmatan fakulti ini dapat disampaikan dengan baik kepada pelajar, pelanggan dan juga masyarakat.
Dalam kesempatan itu juga, YBhg. Dato’ Dekan dan Ketua Pentadbiran telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan industri di Fakulti Perubatan Veterinar bagi menghargai sumbangan mereka.
Pihak fakulti juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wartawan, Pusat Strategi Dan Perhubungan Korporat UPM, Puan Noor Eszereen Juferi dan Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM, En. Ts. Saiful Ramadzan atas kesudian menjadi penceramah dan berkongsi ilmu kepada peserta.
 
Melalui kursus ini, ianya secara tidak langsung mampu memberi nilai tambah dalam perkhidmatan pegawai dan seterusnya dapat mewujudkan budaya menulis dalam kalangan warga fakulti. Peluang dan ruang yang diperolehi melalui kursus ini merupakan ilmu yang perlu digarap oleh warga fakulti dan selaras dengan matlamat fakulti untuk mengoptimumkan bakat dan kapasiti sumber manusia dan seterusnya membantu universiti mencapai Matlamat 5 dalam Pelan Strategi UPM 2021-2025.

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 22/03/2023 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEUWAH~