| FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

Anugerah Merdeka 2018

Ringkasan Artikel

Pakar-pakar yang merekodkan pencapaian luar biasa dalam bidang pengkhususan masing-masing menerima Anugerah Merdeka 2018 anjuran PETRONAS, ExxonMobil serta Shell.

Pakar-pakar yang merekodkan pencapaian luar biasa dalam bidang pengkhususan masing-masing menerima Anugerah Merdeka 2018 anjuran PETRONAS, ExxonMobil serta Shell.

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Hair Bejo memenangi anugerah ini  atas peranannya dalam penghasilan makanan yang lestari menerusi pembangunan dan pengkomersialan vaksin terhadap penyakit Gumboro yang menyerang ayam, sekali gus memanfaatkan industri berkenaan di Malaysia dan antarabangsa.

Antara pemenang lain Anugerah Merdeka tahun 2018 ialah Hassan Abdul Muthalib; aktivis alam sekitar, Gurmit Singh KS; Canselor Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof Dr Gan Ee Kiang.

Anugerah telah dikurniakan mengikut kategori iaitu ;

  1. Pendidikan dan komuniti;
  2. Alam sekitar; kesihatan, sains dan teknologi (dua penerima bersama) ;
  3. Pencapaian akademik luar biasa (dua penerima bersama) dan
  4. Sumbangan luar biasa kepada rakyat Malaysia.

 

Setiap pemenang menerima trofi Anugerah Merdeka berserta sijil dan wang tunai, selain diberi penghormatan untuk dicatatkan dalam sejarah negara bersama 42 individu dan dua organisasi yang pernah menerima anugerah berkenaan sebelum ini.

Seluruh warga fakulti mengucapkan setinggi tahniah kepada Profesor Dr. Mohd Hair Bejo di atas kemenangan ini.

SXETOAr~