Admission Requirement | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE

Admission Requirement


SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DOKTOR PERUBATAN VETERINAR, FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

a) SYARAT AM UNIVERSITI (Syarat Minimum)

LEPASAN STPM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; 

dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:-

Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;  dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); 

 

ATAU LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Melaysia kertas Julai;  dan

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;  dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

 

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF ,  ATAU

Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Melaysia kertas Julai;  dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; ATAU

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;  dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

 

b) SYARAT KHAS PROGRAM

Syarat

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program

 

LEPASAN STPM

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Biologi; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia; ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia;  dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Biologi; dan

Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan dalam mata pelajaran Biologi/Kimia pada peringkat STPM; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).


LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Biologi; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia; ATAU 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Biologi, dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM; dan

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA dan pengalaman bekerja seperti berikut:

Pengalaman Kerja (Tahun) PNGK/CGPA

  • Tiada sekurang-kurangnya 3.500
  • 3-4 tahun Sekurang-kurangnya 3.000
  • 5-9 Tahun Sekurang-kurangnya 2.700
  • Lebih 10 tahun Sekurang-kurangnya 2.500; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

CALON BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

  • a) Lulus O-level atau yang setaraf dengannya.
  • b) Lulus A-level dengan sekurang-kurangnya grade B dalam tiga (3) kursus Sains.
  • c) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) atau TOEFL (skor 550) atau IELTS (skor C6).
  • d) Surat akuan sekurang-kurangnya daripada dua orang pengadil.


SYARAT KEMASUKAN LAIN

  • a) Fasih dalam Bahasa Malaysia.
  • b) Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan.
  • c) Taraf kesihatan yang memuaskan.
  • d) Tidak buta warna.
  • e) Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti.

 

 

Updated:: 22/11/2017 [mjamil]

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8609 3890
+603 8947 1971
C1511569144