Ijazah Penyelidikan

Master Sains (MS),
Master Sains Veterinar (MVSc),
Doktor Falsafah (PhD)

Bidang Pengkhususan

Garis panduan bidang pengkhususan program siswazah

Pengkhususan

MVSc

MS

PhD

Anestesiologi

x

-

x

Anatomi

x

x

x

Perubatan Haiwan Akuatik

x

x

x

Perubatan Avian

x

-

x

Epidemiologi

x

x

x

Perubatan Ekuin

x

-

x

Hematologi dan Biokimia Klinikal

x

x

x

Histologi

x

x

x

Perubatan Haiwan Makmal

x

-

x

Biologi Molekul

x

x

x

Farmakologi

x

x

x

Fisiologi

x

x

x

Perubatan Ruminan

x

-

x

Perubatan Haiwan Kesayangan

x

-

x

Toksikologi

x

x

x

Bakteriologi

x

x

x

Parasitologi

x

x

x

Patologi

x

-

x

Virologi

x

x

x

Imunologi

x

x

x

Kesihatan Umum

x

x

x

Surgeri

x

-

x

Radiologi

x

-

x

Teriogenologi

x

x

x

Perubatan Hidupan Liar

x

x

x

 x- ditawarkan

Tempoh Pengajian

Tempoh Pengajian

MS/MVSc

PhD

Minima

2 semester

4 semester

Maxima

6 semester

10 semester

 

Beban kredit setiap semester

Minima  6 kredit

Maxima 15 kredit

Kursus boleh diaudit tetapi tidak diambil kira dalam perhitungan jumlah kredit nanti.


Kredit siswazah

 

Pelajar boleh mendapat kredit siswazah untuk semua kursus yang diambil di peringkat:

  • siswazah

  • (siri peringkat 5000)

  • (siri peringkat 6000)


Pemindahan kredit

Pelajar boleh memindah kredit dari institusi lain:

  • jumlah kredit yang dikecualikan hendaklah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit yang disyaratkan.

  • kredit mesti setara dengan gred "B" di UPM.

  • kredit telah diperolehi dalam masa 5 tahun sebelum pelajar berdaftar di UPM. .

  • kursus mesti berkaitan dengan program pengajian pelajar.

  • permohonan dibuat kepada Pusat Pengajian Siswazah melalui Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti


Keperluan gred

Untuk diiktiraf dengan status baik, penuntut siswazah memerlukan:

  • purata timbunan dan purata semester 3.00 untuk kerja-kursus.

  • gred 'M' (memuaskan) dalam penyelidikan

Peperiksaan kelayakan

  • perlu diambil dan lulus oleh semua pelajar Doktor Falsafah.

  • mesti diambil selepas dua semester pendaftaran program.

  • dikendalikan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Pelajar.

  • diberi secara bertulis atau lisan atau kedua-duanya sekali.

  • pelajar dibenarkan tiga percubaan untuk lulus dan jika masih gagal, terpaksa diperhentikan.


Penangguhan

Pelajar perlu berdaftar berterusan sehingga tesis dikemukakan kecuali dalam keadaan tertentu.

  • penangguhan pengajian sehingga dua semester adalah dibenarkan

  • seorang pelajar dibenarkan penangguhan hanya dua kali..

  • permohonan untuk penangguhan hendaklah dimajukan kepada Timbalan Dekan Pengajian Siswazah pada awal semester.


Keperluan penempatan

Semua pelajar mesti memenuhi keperluan penempatan minimum iaitu 9 kredit satu semester atau 12 kredit dalam dua semester berturutan. Keperluan ini dipenuhi melalui kerja-kursus atau penyelidikan dalam kampus.

Bergraduat

Untuk bergraduat pelajar perlu:

  • mencapai purata timbunan sekurang-kurangnya 3.00 dalam semua kursus siswazah yang diambil..

  • mengemukakan tesis yang diterima oleh Lembaga Pemeriksa.

  • memenuhi keperluan penempatan dan membayar semua yuran.