Tempoh Pengajian

Universiti Putra Malaysia mengamalkan sistem semester.

Setiap sesi tahun pengajian dibahagikan kepada dua semester dengan tempoh 18 minggu pengajian/semester:

  • Semester Pertama (September - Januari)

  • Semester Kedua (Februari - Jun).

 

Dalam kebanyakan kursus, prestasi pelajar ditentukan oleh penilaian berterusan dengan satu peperiksaan akhir pada akhir semester.

Tempoh minimum program DVM adalah 5 tahun atau 10 semester dan berjaya menyelesaikan tidak kurang dari 189 jumlah kredit.

Pelajar boleh memohon untuk lanjutan tempoh belajar jika mereka dikehendaki mengulang kursus yang gagal atau disebabkan oleh sebab peribadi seperti penyakit.

Graduan Fakulti Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh dan berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVM) untuk mendapatkan sijil yang membolehkan mereka berlatih bekerja di Malaysia sebagai doktor haiwan berkelayakan.

Peluang pekerjaan untuk graduan Program ijazah Kedoktoran Veterinar adalah luas, sama ada sebagai pegawai veterinar di pelbagai agensi kerajaan dan swasta atau syarikat swasta yang terlibat dalam industri veterinar. Ramai graduan dijangka dapat berdikari dan memutuskan untuk membuka klinik veterinar sendiri.