Master Sains (MS),
Master Sains Veterinar (MVSc),
Doktor Falsafah (PhD)
Bidang Pengkhususan
Garis panduan bidang pengkhususan program siswazah
Pengkhususan |
MVSc |
MS |
PhD |
Anestesiologi |
x |
- |
x |
Anatomi |
x |
x |
x |
Perubatan Haiwan Akuatik |
x |
x |
x |
Perubatan Avian |
x |
- |
x |
Epidemiologi |
x |
x |
x |
Perubatan Ekuin |
x |
- |
x |
Hematologi dan Biokimia Klinikal |
x |
x |
x |
Histologi |
x |
x |
x |
Perubatan Haiwan Makmal |
x |
- |
x |
Biologi Molekul |
x |
x |
x |
Farmakologi |
x |
x |
x |
Fisiologi |
x |
x |
x |
Perubatan Ruminan |
x |
- |
x |
Perubatan Haiwan Kesayangan |
x |
- |
x |
Toksikologi |
x |
x |
x |
Bakteriologi |
x |
x |
x |
Parasitologi |
x |
x |
x |
Patologi |
x |
- |
x |
Virologi |
x |
x |
x |
Imunologi |
x |
x |
x |
Kesihatan Umum |
x |
x |
x |
Surgeri |
x |
- |
x |
Radiologi |
x |
- |
x |
Teriogenologi |
x |
x |
x |
Perubatan Hidupan Liar |
x |
x |
x |
x- ditawarkan
Tempoh Pengajian
Tempoh Pengajian |
MS/MVSc |
PhD |
Minima |
2 semester |
4 semester |
Maxima |
6 semester |
10 semester |
Beban kredit setiap semester
Minima 6 kredit
Maxima 15 kredit
Kursus boleh diaudit tetapi tidak diambil kira dalam perhitungan jumlah kredit nanti.
Kredit siswazah
Pelajar boleh mendapat kredit siswazah untuk semua kursus yang diambil di peringkat:
-
siswazah
-
(siri peringkat 5000)
-
(siri peringkat 6000)
Pemindahan kredit
Pelajar boleh memindah kredit dari institusi lain:
-
jumlah kredit yang dikecualikan hendaklah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit yang disyaratkan.
-
kredit mesti setara dengan gred "B" di UPM.
-
kredit telah diperolehi dalam masa 5 tahun sebelum pelajar berdaftar di UPM. .
-
kursus mesti berkaitan dengan program pengajian pelajar.
-
permohonan dibuat kepada Pusat Pengajian Siswazah melalui Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti
Keperluan gred
Untuk diiktiraf dengan status baik, penuntut siswazah memerlukan:
-
purata timbunan dan purata semester 3.00 untuk kerja-kursus.
-
gred 'M' (memuaskan) dalam penyelidikan
Peperiksaan kelayakan
-
perlu diambil dan lulus oleh semua pelajar Doktor Falsafah.
-
mesti diambil selepas dua semester pendaftaran program.
-
dikendalikan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Pelajar.
-
diberi secara bertulis atau lisan atau kedua-duanya sekali.
-
pelajar dibenarkan tiga percubaan untuk lulus dan jika masih gagal, terpaksa diperhentikan.
Penangguhan
Pelajar perlu berdaftar berterusan sehingga tesis dikemukakan kecuali dalam keadaan tertentu.
-
penangguhan pengajian sehingga dua semester adalah dibenarkan
-
seorang pelajar dibenarkan penangguhan hanya dua kali..
-
permohonan untuk penangguhan hendaklah dimajukan kepada Timbalan Dekan Pengajian Siswazah pada awal semester.
Keperluan penempatan
Semua pelajar mesti memenuhi keperluan penempatan minimum iaitu 9 kredit satu semester atau 12 kredit dalam dua semester berturutan. Keperluan ini dipenuhi melalui kerja-kursus atau penyelidikan dalam kampus.
Bergraduat
Untuk bergraduat pelajar perlu:
-
mencapai purata timbunan sekurang-kurangnya 3.00 dalam semua kursus siswazah yang diambil..
-
mengemukakan tesis yang diterima oleh Lembaga Pemeriksa.
-
memenuhi keperluan penempatan dan membayar semua yuran.