Ijazah Kerja Kursus

Master Perubatan Veterinar (MVM)

Ijazah Master Perubatan Veterinar (MVM) dibentuk khusus untuk graduan sains veterinar. Tujuan ijazah ini ialah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran tambahan sama ada dalam amalan klinikal veterinar atau makmal veterinar. Program ini merupakan program intensif sepenuh masa selama 12 bulan atau program sambilan selama 24 bulan (Amalan Klinikal Veterinar sahaja) yang merangkumi kuliah, amali, topik khas, seminar dan projek. Calon perlu memenuhi keperluan residen tidak kurang daripada 2 semester untuk program sepenuh masa atau 2-3 minggu/semester untuk program separuh masa sambil mengumpul 36 kredit minimum

Objektif

Di akhir program ini, calon akan:

  • memperolehi pengetahuan mendalam tentang penyakit yang memberi kesan terhadap satu atau lebih spesies haiwan berkepentingan veterinar.
  • memperolehi kemahiran dalam menjalankan diagnosis, rawatan dan pengawalan penyakit
  • memahami dan menghargai peranan veterinawan dalam pengawalan penyakit haiwan

 

Jangkamasa Program

Satu tahun kalendar, bermula dari semester pertama dan tamat pada penghujung semester kedua tahun berikutnya untuk program sepenuh masa. Dua tahun kalendar, bermula dari semester Mei dan tamat pada penghujung April, dua tahun kemudian untuk program separuh masa.

Struktur program Program ini terdiri daripada dua modul

Modul A -  Amalan Klinikal Veterinar

  • untuk veterinawan yang sedang terlibat dalam bidang amalan klinikal veterinar yang ingin mendapat kemahiran lanjutan dalam bidang klinikal.
  • pengkhususan dalam salah satu atau lebih spesies berikut: ruminan, babi, ayam-itik, kuda, anjing, kucing, hidupan liar dan haiwan akuatik.

 

Modul B -Amalan Makmal Veterinar

  • untuk pegawai veterinar yang kerjayanya adalah dalam amalan makmal diagnosis veterinar.
  • pengkhusuan dalam salah satu atau lebih bidang berikut: Patologi Diagnosis Veterinar, Mikrobiologi Diagnosis Veterinar dan Parasitologi Diagnosis Veterinar.

Jawatankuasa Penasihat Satu jawatankuasa penasihatan yang dilantik oleh Fakulti bertanggungjawab ke atas penyelarasan program ini.