|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
Fakulti Hari Ini
Struktur Fakulti yang baru dijangka boleh meningkatkan perkembangan lanjut dalam Fakulti, terutama sekali dalam aspek penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Memandangkan aktiviti penyelidikan telah menjadi sempit dan ditumpukan kepada beberapa penyakit haiwan yang penting, Timbalan Dekan (Penyelidikan) diharap dapat mempertingkatkan kecemerlangan penyelidikan di Fakulti. Pertambahan baru dalam kekuatan penyelidikan kini termasuk penggunaan teknik molekul untuk mengesan penyakit haiwan projek kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Insititut Penyelidikan Veterinar dalam virus selsema burung dan memperkukuh penyelidikan penyakit haiwan kesayangan. Usaha memperkuatkan penyelidikan ke atas penyakit kuda sedang dipertimbangkan.
Khidmat profesional kepada orang awam dan penubuhan pusat rujukan untuk pengamal swasta adalah agak lembab dalam struktur Fakulti yang lalu. Struktur baru diharap boleh mempertingkatkan khidmat profesional dengan terlantiknya Timbalan Dekan (Hospital). Setelah komponen sains peternakan Fakulti dipindahkan ke Fakulti Pertanian dalam bulan Januari 1999, tumpuan mula diberikan kepada perkembangan khidmat profesional. Langkah pertama yang diambil ialah dengan penubuhan Hospital Veterinar Universiti (UVH). Melalui UVH, khidmat veterinar yang lebih baik kepada masyarakat, pengajaran yang lebih sempurna dan perkembangan aktiviti penyelidikan adalah diharapkan. Fakulti ini menjadi institusi pengajian tinggi pertama yang menpunyai persijilan dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional berikutan kejayaannya memperoleh persijilan ISO 9001 pada 7 Julai 2000. Selaras dengan era penserantauan dan untuk kekal relevan dan boleh dipercayai dalam urusan terasnya, Fakulti sedang aktif menjalankan usaha untuk mengakreditasi program Doktor Perubatan Veterinar dan mendapatkan akreditasi ISO 17250 untuk beberapa perkhidmatan ujian makmal.
|
|
|
|
PENAFIAN :
Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerugian |
|