|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
Sejarah
Selepas Perang Dunia Kedua, dua orang pelajar muda dari Tanah Melayu dipilih dan dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian veterinar di United Kingdom. Pada tahun 1950an dan 1960an lebih ramai lagi dipilih untuk pengajian tersebut bukan sahaja di United Kingdom tetapi juga di Australia, Kanada dan New Zealand di bawah biasiswa Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pelan Kolombo. Mereka yang pulang untuk menyertai Jabatan Perkhidmatan Haiwan adalah kira-kira 2-3 orang setahun.
Ianya semakin membimbangkan bilamana pada tahun 1960an, jumlah mereka amat berkurangan untuk menampung keperluan perkhidmatan terutama apabila pemindahan tanggungjawab sepenuhnya untuk penternakan haiwan berlaku pada tahun 1962. Pada tahun itu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menyerahkan memorandum kepada Ahli Perancangan Pengajian Tinggi mengenai keperluan pengajian veterinar di Malaya.
Perlunya sebuah sekolah veterinar di Malaya diperbincangkan di Mesyuarat FAO mengenai Haemorrhagic septicaemia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan cadangan tersebut kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Kedua Panel Pakar FAO/WHO mengenai Pengajian Veterinar di Rom pada tahun 1963.
Perkara
ini sekali lagi dibincangkan secara umum pada tahun 1968 di Persidangan
Tahunan Pertama Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura.
Perdana Menteri waktu itu, YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam
ucapan perasmian persidangan, berjanji akan mengkaji persoalan penubuhan
fakulti veterinar sekiranya cadangan itu dikemukakan.
Justeru itu, satu jawatan kuasa kecil pengajian veterinar telah
ditubuhkan oleh Persatuan untuk menangani perkara ini.
Akhirnya satu kertas kerja diserahkan kepada Persatuan Perancangan
Pengajian Tinggi yang mana mencadangkan penubuhan Fakulti Veterinar di
Universiti Malaya. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil.
Pada
tahun 1967, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menerbitkan laporan yang
bertajuk “Cadangan untuk Perkembangan Industri Ternakan dan Susunan Semula
Perkhidmatan Veterinar”. Pada tahun berikutnya, seorang pengajar veterinar yang
ternama, Sir William Weipers, dari Sekolah Veterinar Universiti Glasgow
telah diundang ke Malaysia oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Persatuan
Doktor Veterinar Malaysia-Singapura untuk membentangkan kertas kerja mengenai
“Veterinary education :
A study of the needs of Malaysia and Singapore” dalam Persidangan
Tahunan Pertama Persatuan di Singapura pada bulan Ogos 1968.
Pada bulan November, dalam tahun yang sama, Kajian
Veterinaire telah mengulas dengan panjang lebar mengenai “the Case for a
Veterinary Faculty in Malaysia”. |
|
|
|
PENAFIAN :
Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerugian |
|